
![]() |
im broken :'(
Sunday, 11 December 2011 | 02:30 | 0 candie blossom
Definisinya serupa dengan cinta kecundang... Disaat begini hatilah yang lebih parah... .Cinta Sejati... Yang ini biasanya datang dari ketulusan hati..yang sanggup berkorban demi cinta yang suci ni..walaupun jodoh tiada tapi masih lagi mampu mendoakan satu sama lain..tapi kebiasaannya cinta inilah yang menyatukan hidup insan... yang dibawa sampai hujung nyawa..Cinta pada yang satu... yang ni diwajibkan pada yang ESA..Kadang2 orang leka dengan cinta2 yang bawa derita hingga lupa pada penciptanya... dan cinta ini lah satu cinta kepastiaan..Adakalanya cinta itu menyakitkan namun yang menyakitkan itu akan membuat diri kita lebih menghargai erti sebuah cinta.Cinta itu terlalu kuat dan terlalu indah. Cinta itulah satu-satunya perasaan yang lebih kuat daripada derita akibat kehilangan.Bila hati kecewa kerana cinta,ketika itu remuk rasanya namun apabila kita bersandar padaNya,pasti DIA akan membuka jalan yang tak kita sangka-sangka.DIA tahu apa yang terbaik untuk kita... Kekecewaan bukannya tanda berakhirnya segala cita-cita tetapi ia boleh menjadi satu permulaan untuk membina sebuah jalan kebahagiaan.Setiap apa yang dilalui dalam hidup ini adalah pelajaran,maka di sini kita mempelajari bahawa dalam hidup ini kita tidak dapat lari daripada masalah dan kehilangan sesuatu yang kita sayangi.Kebahagiaan bukanlah seni membangun kehidupan yang bebas dari masalah. Kebahagiaan adalah seni untuk merespons dengan baik ketika masalah menghampiri kita.. "Andainya aku menyintai manusia belum tentu cintaku terbalas,tetapi andainya aku menyintai Allah pasti cintaku akan berbalas".Dan secebis kata indah dari hembusan angin lalu yang bertiup pilu bagi mengubati hati yang kecewa kerana cintanya tidak berbalas,terimalah kata-kata ini, "Cinta Allah kepada hamba-Nya jauh lebih agung daripada cinta sesama insan.Saat Allah mencintai seseorang, tempat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah hati mereka. Di situlah Allah lenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan yang dialami oleh hambaNya." |